KESERASIAN SSDMv4 dan SMMv4


Untuk pengetahuan semua Guru Data SSDM negeri Selangor, baru-baru ini Sistem Maklumat Murid (SMM) versi 4 telah dilancarkan. Semua sekolah telah di arah untuk mengemaskini data SMM menggunakan SMMv4 yang terbaru. Semua data SMMv3 telah dipindah / diconvert ke dalam SMMv4. Ini secara langsung, dengan rasminya SMMv3 tidak digunakan lagi untuk tujuan pengemaskinian data dan penghantaran.

SMMv4 telah mengalami perubahan yang boleh disifatkan menyeluruh. Penggabungan sistem SMMv3 dan BMM telah menyebabkan banyak penambahan dan perubahan pada table Sekolah dan Murid. Sehubungan dengan itu, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada semua perisian yang bersandar kepada sistem ini. Contohnya SAP, SSDM, SiSMAKAN dan seangkatan dengannya.

Sehubungan dengan itu, saya sedang melaksanakan rombakan kecil pada SSDMv4 ini agar ia serasi dan kembali boleh disandarkan kepada SMMv4. Untuk itu, SSDMv4 yang terbaru (edisi kemaskini 2010) akan diedarkan kepada semua daerah dalam Selangor / Guru Data SSDM Selangor seawal yang mungkin, dianggarkan pertengahan Disember 2009 untuk persiapan awal daerah-daerah.

Sebarang kritikan dan idea sama ada membina atau sebaliknya berkaitan dengan pembinaan SSDMv4 bolehlah diemailkan kepada saya di alamat ushafidz_0905@yahoo.com / sms ke talian 016.2364.155

update on 29.11.2009 / 04.37 pm / CC Taman Kosas, Ampang

0 Responses to “KESERASIAN SSDMv4 dan SMMv4”: